| |
Artmyas Art
Jiwaku cukup tenang bila aku berpeluang melukis. Tetapi melukis berhantu. Bila melukis waktu malam sedar-sedar hari sudah pagi. To know more about my art activities go to www.artmyas-portraits.cjb.net. To see the detail of my artworks click them (to enlarge) at www.artmyas.blogspot.com.
|
|
|
Profile URL: http://myarthost.com/pakabu
Male, 56 Years old, Sg. Petani: Kedah: Malaysia |
Profile
|
|
A. My Art Profile
| I am? |
| Part Time Artist
, Art Teacher
|
| |
| Artwork Medium? |
| Oil Painting
, Watercolour
, Pastel
, Pen/Ink
|
| |
| Full Name? |
| Abu Seman Awang Besar |
| |
| About Me? |
Saya lahir pada tahun pada tahun 1952. Sudah melukis sebagai hobi semenjak kecil. Tahun 50an orang kampung masih buang air besar dalam semak terutama kanak-kanak. Sekali saya masuk semak saya pasti lambat keluar sebab saya suka melihat binatang, pokok dan apa saja dalam semak. Balik ke rumah saya akan melukisnya dengan pensel atas kertas yang saya curi dari buku abang saya. Saya tidak belajar melukis secara formal.
Hanya pada awal 1980an saya mula belajar dari kawan-kawan saya yang terdiri dari pelukis-pelukis cat air terkenal Kelantan seperti Cikgu Mokhtar Abdullah, Ismail Mat Hussin dan Cikgu Zakaria Abdullah. Saya seorang guru matematik di sebuah sekolah menengah kerajaan. Di samping itu saya juga mengajar mata pelajaran pendidikan seni. Untuk menambah pengetahuan saya menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan seni visual di Institut Perguruan Ilmu Khas Kuala lumpur selama satu tahun pada tahun 1990.
Namun ia tidaklah membantu dalam meningkatkkan kemahiran saya dalam teknik-teknik melukis. Saya boleh dikatakan self-taught. Pada tahun 1980an saya mula melanggan majalah seni lukis dari Amerika Syarikat iaitu The Artist dan American Artist. Majalah-majalah ini banyak membantu saya dalam memperbaiki kemahiran saya.
Selain itu saya banyak membaca buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknik melukis. Dari situ saya memperbaiki kemahiran saya dalam penggunaan bahan dan alat. Apa pun perjalan saya masih jauh dalam bidang ini. Oleh itu komen-komen dari rakan artis sangat saya perlukan dan saya hormati. Kini saya bertugas sebagai pensyarah (attach ke bahagian grafik) di sebuah institut perguruan di Semenanjung.
Sebagai pegawai kerajaan ruang masa untuk saya aktif sangat terhad. Saya pernah menjawat sebagai Penolong Setiausaha Persatuan Seni Lukis Kelantan (PESENI) pada penghujung tahun 1980an. Masa itu juga saya diberi peluang oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan untuk mengajar seni lukis untuk orang-orang dewasa pada setiap hari Khamis.
Saya mampu menyertai pameran-pameran tempatan sahaja. Semenjak berpindah tempat bertugas dari kota Bharu ke Sungai Petani aktiviti agak lesu. Pun saya cuba juga melukis bila berpeluang. Namun saya mempunyai laman web sendiri. Anda boleh mengunjungi saya di http://www.artmyas-portraits.cjb.net. Untuk komen lukisan saya anda boleh melakukannya di sini atau di http://artmyas.blogspot.com. |
| |
| Website URL? |
| http://www.artmyas-portraits.cjb.net |
| |
|
|
|
|
| |
Latest Blog Article by pakabu |
|
 |
 |
|
| |
Esok bertolak ke JB
11/12/08 09:31 5 38
Esok Pak Abu dan isteri bertolak ke Johor Bahru ziarah cucu saudara di Skudai. Sesiapa di JB, Azlan ke, Taib ke sila call Pak Abu 012-5418269. Mungkin tak lama di JB tapi teringin juga na pegi ke Hutan Bandar tu. Lan, engkau mungkin sibuk di Batu Pahat untuk daftar Program Pensiswazahan. Tak pa. Anak saudara Pak Abu boleh bawa ke Hutan Bandar tu. Dulu 2 tahun (1973-74) duk kat JB. JB masa tu masih hutan lagi. Kalau minum teh tarik dengan girl friend pun cuma tepi Sg. Seget. Tapi sekarang Sg. Seget ... Read this article | User's blog |
|
|
|
 |
|
|
|
|
|
|
|
|